|| link exchange ||

17 November 2010

hari raya juga hari hujan

Tengahari tadi hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah. Hujan rahmat di hari raya ini.

Aku berkorban. Raya yang ini aku tak pulang ke kampung. Tuntutan sebagai pencari ilmu memaksa aku sedikit berkorban. Sudah tanggungjawab aku. Menuntut di Melaka, rumah orang tua di Selangor. Tidak mengapalah. Ada hikmah dariNya.

Semalam menghubungi Mama. Baru pulang dari menghantar Atuk bertemu-janji dengan doktor. Ada buat masak-masak sedikit di rumah Atuk. Pasti seronok andai dapat bersama. Ya. Atuk ada bela lembu, mungkin ada yang dijual untuk raya ini. Mungkin. Mama kata jika Abah cuti mungkin akan pulang ke kampung sebentar. Adik Izzat pula ada di rumah atuk. Menjadi teman kepada atuk. Bercakap pula dengan Kak Ika. Akan menduduki SPM yang bermula 23 November 2010 ini. Minta didoakan. Abang sentiasa mendoakan Kak Ika. Tinggal sedikit pesan padanya. SPM ini penting, penentu hala tuju hidup yang mendatang. Mahu ke mana selepas ini. Juga pesan jangan diikutkan sangat orang yang lain. Diri kita, maka kita yang membawanya. Bersembang di Facebook bersama Kak Ain yang juga seperti aku, menuntut di Pulau Pinang. Juga tidak pulang. Kita serupa. Jaga diri di sana elok-elok. Abang sayang semua-semuanya

Ini hanya pengorbanan kecil yang aku lakukan. Tidak tahu pula dimasa mendatang. Pasti besar pengorbanan yang akan dilakukan. Yalah. Semakin kita dewasa, pengorbanan pasti menjadi tuntutan. Kita dewasa bersama-sama pengorbanan. Pengorbananku yang ini kecil sahaja. Sebesar manakah pengorbanan pabila semakin dewasa nanti. Aku sendiri tidak pasti. Yang aku pasti pengorbanan yang kecil inilah yang akan menguatkan aku untuk mengahadapi pengorbanan besar di hari mendatang. Mengharapkan diri ini terus kuat.

Pengorbanan itu satu tanggungjawab. Andai sudah tanggungjawab harus kita lunaskan. Andai kita bertanggungjawab, pasti juga kita berkorban. Diulang lagi, kita dewasa bersama-sama pengorbanan. Semakin kita dewasa, seharusnya juga kita semakin bertanggungjawab. Mengharapkan diri ini juga seperti itu. Lebih bertanggungjawab.

Semoga kita semua dilindungiNya.
Amin.
Salam raya.
Jaga diri, hiasi peribadi.
Dari diri ini.

8 comments:

Unknown said...

slamat hari raya ! n goodluck final :)

~fais~ said...

hik hik hik.
pergorbanan gk 2 nme nyer..
heheheehehe.
anyway.. camat ari rye...


blajar kt utem?? mmbr pon ade gk kt c2..

Anonymous said...

ha a ujan kt kg sy..tp dh bnti..hehe
gud luck~

byna said...

yup..ada hikmah sume 2..camat hr raya..samelah kite,bynapun xblk kg..rye ngn kakak je..;)

man yusoef said...

hujan rahmat di hari raya...selamat hari raya bro!!

LadyBird said...

alhamdulillah, hujn rahmt..
kat sini cerah :) alhamdulillah :) mudah tuk aktiviti sembelihan.

Tuan Cimot said...

selamat hari raya korban..kenyang mkn ketupat ni..hhehe...

Rohaya laili said...

selamat hari raye adiladha :)
ka sini pun hujan gak,
herm..x pe2 ujan rahmat katekan.