|| link exchange ||

01 December 2010

sebulan lagi tamat 2010

Pejam celik pejam celik dah dekat penghujung tahun 2010 rupanya kite.
Seringkali kita tidak perasan akan masa yang berlalu.

Semakin kita menghampiri penghujung 2010, bagaimana pula dengan azam kita pada tahun 2010 ini. Adakah sudah terlaksana, atau mungkin anda sedang berusaha untuk mengotakannya atau mungkin juga tidak dapat mencapainya.

Tahniah diucapkan andai apa yang diazamkan anda pada tahun ini telah anda capai. Bagi yang masih berusaha lagi untuk menggapai azam anda, teruskan usaha anda ya. Chayok2. Hee. Aku pun masih berusaha lagi. -_-''

Tidak kisahlah apa pun azam anda untuk tahun ini, selagi ia membawa kebaikan kepada diri anda, maka teruskanlah azam anda itu. Bagi yang sudah menggapai azam tu, mungkin sedang berkira-kira untuk menyulam azam yang lebih baik lagi untuk tahun mendatang. Bagus la camtu.

Azam itu umpama objektif. Objektif itu bagai tujuan atau sasaran. Hidup ini seharusnya ada sasaran bukan. Oleh itu, pasanglah azam. Sebaiknya juga azam yang dicita itu haruslah kita kotakan. Maka seronoklah hidup andai azam sudah terlaksana bukan.

fakta : orang bernama Azam pun tidak terkecuali dari memasang azam. =b

28 November 2010

part time vs tempat LI

Sekarang aku tengah cuti semester. Kalau cuti semester yang sebelum-sebelum ni aku buat part time kat Nandos je. Korang selalu x makan kat Nandos. Haha. Aku memang dah biasa da buat part time kat situ. Tapi sekarang manager dah tukar dah. Haha. So, manager baru. xpasti lagi sebenarnya aku dapat buat part time kat situ x. Huhu. Yela, da tukar manager baru kan. So, memang x kenal la. Tapi tadi aku da tepon manager tu, dia kata nanti dia kol aku balik untuk bagi jawapan samada aku boleh masuk buat part time kat situ plak. Huhu. Aku harap aku dapat la keje situ kan. Nak carik duit untuk kawin. Haha. xdela, semester hadapan aku nak guna banyak duit, tu yang memang nak kena buat part time tu. Huu. Cari duit lebih. Yang menyebabkan aku lagi berkobar-kobar nak keje situ sebab rate kat situ da bertambah dari rate lama. Naik 50% tu. Sape xnak kan. Ahah. Masyuk aku kalau dapat buat part time situ. Memang aku pulun la. Haha.

Cuti ni gak aku kena cari tempat untuk buat Latihan Industri (LI). Aku kena buat LI 12 minggu nanti bermula bulan 4 kalau x silap. Tapi kena start carik sekarang. Kalau lambat memang melepas la aku karang. Huu. Sekarang memang da ada target mane aku nak pergi untuk LI nanti. Just nak kompemkan then nak anta resume dengan surat jawapan sekali. Tapi, resume sume aku x print lagi. Ahaha. Adeh.

23 November 2010

tamat bab 3, bahagian 1

Alhamdulillah..
Dengan berakhirnya exam aku semalam, maka tamat sudah pengajian aku bagi bab 3, bahagian 1.. Hee.. Apakah bab 3, bahagian 1 tu? Haha.. Tahun 3, semester 1 le.. Hee.. Akan tercapaikah misi aku bagi semester ini untuk bagi up pointer aku? Huu.. Tunggu dan lihat.. Apa pun aku memang sudah bagi yang terbaik untuk semester ni.. Xpe, aku cuba lagi yang terbaik untuk semester akan datang.. Miahaha.. Biasa la, orang rajin memang macam ni.. Haha..

Semester ni Alhamdulillah aku dapat lecture2 yang best.. Hee.. Kenapa aku cakap best? Lecturer2 yang aku dapat sem ni best sebab mereka anggap student mereka macam kawan.. Sempoi la, kalau bagi nasihat pun ada cara.. Gunakan cara tazkirah.. Best2.. Kalau dulu tazkirah ni aku dengar time kat asrama je.. Huu.. Kat u ni, hidup da bebas nasib baik ada lecturer yang macam ni.. Sekurang2nya boleh bagi nasihat kat student, mengingatkan kitorang.. Yela, student ni bukan selalu buat benda yang betul kan.. Terkadang juga kitorang yang student ni, khilaf.. Huu.. Ada sorang lecturer tu sampai terjah satu umah sewa yang kawan aku duduk.. Time dekat maghrib plak tu.. Haha.. Sempoi abis la.. Haha..

So, cuti nanti ape aku nak buat.. Hmm.. Yang nyata, blogging pun da jarang2 kot, sebab umah aku xde line internet.. Kat umah sewa ni memang ada.. 4mbps lagi.. Miahaha.. Tengok la kalau rajin aku lepak mapley ke, mcd ke untuk bersihkan sawang2 yang ade.. Huu.. Broadband aku memang ade, tapi lembab cam siput la pulak kat kawasan rumah aku tu.. Kalau aku guna pun memang tahap kesabaran aku akan teruji.. Haha..

Esok aku balik rumah.. Yezz.. Haha..

20 November 2010

hilang sekejap

Salam
Pertama sekali, terima aksih kepada kamu, ya kamu semua yang sudi bertandang ke blog aku ini. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan ok. Hee.

Aku nak minta maaf sebab aku terpakse slow down sikit aktiviti blog aku ni. Aku x update entry, aku x pergi bersiar2 ke blog korang semua, x bertegur sapa dengan korang. Lihat, aku sudah ketagih blog mungkin. Bukan ini yang aku pinta korang tahu x. Kenapa semua ini harus terjadi kepada diri aku. Haha.

Aku tengah menghadapi exam yang bertimbun sekarang sebenarnya. Huu. Jumaat petang satu paper, Sabtu pagi satu paper, dan yang terakhir Isnin pagi satu paper. Isnin tu paper last aku. Yey. So, mungkin aku slow down dalam blog ni sampai hari Isnin.

Kalau ada ape2 pesan, tinggalkan sahaja kat shoutbox ok. Aku baca semua pesanan yang korang semua tinggalkan. Ada juga beberapa tag yang blogger lain bagi kat aku. Tapi aku x dapat buat lagi tag2 tu semua. Nanti selepas Isnin aku buat ok. Hee. Sekali lagi, terima kasih sudi bertandang ke blog aku.

Selamat berjaya kepada korang semua yang senasib dengan aku, menduduki peperiksaan. Sesiapa yang sudah habis peperiksaan maka bolehlah bergembira. Tapi jangan berlebih2 ok. Haha. =)

p/s : Entry ini pun curi masa sikit untuk taip. Haha. Aku tetapkan entry ini kepada auto publish. Malam nanti entry ini keluar. Hee.

17 November 2010

blog award


Oryte.. Award kat atas ni cik himmy yang beri pada aku. Ada bunga2 u. Haha. Terima kasih ye himmy. Sory lambat letak award ni dalam almari ni. Huu. Bersama award ni dia kirimkan sekali soalan2 exam. Eh tak2. Ada soalan dia sertakan skali, so aku kena jawab. Hee.

1-Apa pandangan aku kat blog cik himmy (http://himmymaru.blogspot.com/)
Disebabkan himmy ni pompuan, so da tentu la blog dia macam blog org pompuan kan. Hee. Dia hias blog dia dgn bunga2 lagi. Hee. See. Aku da kate, blog org pompuan kan. Hee. Mesti kene ade bunga2. Haha. meriah dengan kaler2 gak blig himmy ni. Hee. Ade pasang lagu gak.

2-Nama blog aku dan nape letak nama ni.
Nama blog aku blogfaizs. Nape aku pilih nama ni. Sebab nama aku faiz so aku pilih sama dengan nama aku. Haha. S yang kat ujong tu plak mewakili nama bapak aku sebenarnye. Hee.

3-Nama url blog dan dari mana datangnya idea ni.
Aku nak orang senang ingat. Ingat nama aku, so terus ingat blog aku. Kan senang. Hee.

4-Apakah method dalam penulisan aku.
Oh, apakah soalan ini. Haha. Tak banyak lagi entry2 dalam blog aku. Tapi setakat ni aku menulis biasanya pasal hidup aku. Kadang tulis gak pasal isu semasa la. Nak sharing2. Tapi biase buat kajian sket la kalau berkaitan dengan fakta. Yela untuk pastikan fakta yang aku nak tulis. Takut salah kang, abis aku. Huu.

5-Apa perasaan aku bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog aku tak.
Best wo tgk blog og lain cantik je. Untung kalau pandai Photoshop ke. Boleh adjust2 gambar bagi lawa then jadikan header ke. Takpe, nnt aku blaja sket2 bagi blog aku gempak. Haha. Bila nak jadi lawa. Aku pun x tau. Kalau nak tau, rajin2 la jenguk sini. Haha.

6-Bilakah blog aku diwujudkan.
Entry first aku aku bertarikh 25hb Oktober 2010.

7-Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi pengikut blog aku
Nama dia Ainur Najwa. Aku pun x kenal siapa dia. Sebab dia pun xde blog. Haha.

8-Sila tag 5 nama lain untuk menerima anugerah tersebut dan paskan syarat-syarat ini.
Ok. Ini nanti aku bagi tau kat orang2 yang aku nak pilih. Hee. Tapi aku pun open gak kat blogger lain kalau nak amik award ni. Silakan ok. Jangan malu jangan segan.

Okey. Itu je kot untuk kali. Jumpe di next entry. =)

hari raya juga hari hujan

Tengahari tadi hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah. Hujan rahmat di hari raya ini.

Aku berkorban. Raya yang ini aku tak pulang ke kampung. Tuntutan sebagai pencari ilmu memaksa aku sedikit berkorban. Sudah tanggungjawab aku. Menuntut di Melaka, rumah orang tua di Selangor. Tidak mengapalah. Ada hikmah dariNya.

Semalam menghubungi Mama. Baru pulang dari menghantar Atuk bertemu-janji dengan doktor. Ada buat masak-masak sedikit di rumah Atuk. Pasti seronok andai dapat bersama. Ya. Atuk ada bela lembu, mungkin ada yang dijual untuk raya ini. Mungkin. Mama kata jika Abah cuti mungkin akan pulang ke kampung sebentar. Adik Izzat pula ada di rumah atuk. Menjadi teman kepada atuk. Bercakap pula dengan Kak Ika. Akan menduduki SPM yang bermula 23 November 2010 ini. Minta didoakan. Abang sentiasa mendoakan Kak Ika. Tinggal sedikit pesan padanya. SPM ini penting, penentu hala tuju hidup yang mendatang. Mahu ke mana selepas ini. Juga pesan jangan diikutkan sangat orang yang lain. Diri kita, maka kita yang membawanya. Bersembang di Facebook bersama Kak Ain yang juga seperti aku, menuntut di Pulau Pinang. Juga tidak pulang. Kita serupa. Jaga diri di sana elok-elok. Abang sayang semua-semuanya

Ini hanya pengorbanan kecil yang aku lakukan. Tidak tahu pula dimasa mendatang. Pasti besar pengorbanan yang akan dilakukan. Yalah. Semakin kita dewasa, pengorbanan pasti menjadi tuntutan. Kita dewasa bersama-sama pengorbanan. Pengorbananku yang ini kecil sahaja. Sebesar manakah pengorbanan pabila semakin dewasa nanti. Aku sendiri tidak pasti. Yang aku pasti pengorbanan yang kecil inilah yang akan menguatkan aku untuk mengahadapi pengorbanan besar di hari mendatang. Mengharapkan diri ini terus kuat.

Pengorbanan itu satu tanggungjawab. Andai sudah tanggungjawab harus kita lunaskan. Andai kita bertanggungjawab, pasti juga kita berkorban. Diulang lagi, kita dewasa bersama-sama pengorbanan. Semakin kita dewasa, seharusnya juga kita semakin bertanggungjawab. Mengharapkan diri ini juga seperti itu. Lebih bertanggungjawab.

Semoga kita semua dilindungiNya.
Amin.
Salam raya.
Jaga diri, hiasi peribadi.
Dari diri ini.

16 November 2010

menggondol award

Salam semua.
Aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi memberikan anugerah2 ini semua kepada aku. Huu. Kat sini ada 4 award yang aku dapat. Farid Kamil pun x pernah dapat award sebanyak ini dalam satu malam. Kahkah.
Ok, 1st award ini datang dari cik MJ. Award itu berupa begini:


Award yang asal dapat dari budak botak. Budak botak suruh komen blog dia. Aku tengok dia pakai templete sama dengan aku. Ok la tu. Hijau. Haha.
Biasa kalau artis lepas dapat award, mesti dia kene interview kan. So, pas dapat award kat atas tu aku pun di interview la dengan soalan2 yg memang mencabar.

-Kenapa aku pilih nama blog aku camtu? (blogfaizs)
Nama aku faiz so mesti nama blog aku pun faiz. S kat faiz tu mewakili nama bapak aku. Hee.
-5 perkara yang aku suka.
Makan, mendengar lagu, membaca, menonton, melayan perasaan. Haha.
-5 perkara yang aku benci
Traffic light, jalan jem, penipu, aku da lupa ape lagi yang aku benci. Kepala jem. Huu.
-Tag orang lain.
Nanti aku bagi kat chatbox ok. Blogger2 lain yang nak amik pun memang dialu-alukan. Hee.

Terima kasih ye cik MJ. Sory sebab terlambat sket nak show off award ni sebab x perasan ok. Hee.

Yang 3 lagi award ni plak datang nya dari brader umar yg cute. Terima ksih banyak. Hee. Ok, kat sini aku nak abadikan award2 tu kat entry ini. Nanti kalau rindu award ni boleh usha entry ni. Hee. Inilah ketiga-tiga award tu.





Pergh, 4 award skali untuk satu malam. Memang pakej la. Hee.
So, kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat penyumbang award. Terima kasih gak kepada blogger2 lain yang menyokong aku selami ini. Terima kasih juga kepada mama, abah juga keluarga. Eh ini da macam ucapan hari kecemerlangan sekolah ni -_-''. Terima kasih sekali lagi. =)

p/s : pada blogger2 lain yang nak amik award2 ini semua, aku alu-alukan. Ok. Da pukul 3.33am. Adios. Nyte. Mimpi manis. ^_^

14 November 2010

abang ben buat lagi

Selamat malam kepada semua.

Kalau nak rewind balik, dulu aku ada buat entry pasal suai kenal blogger berminat kan yang dikelolakan oleh brader kacak lagi gagah perkasa iaitu abg ben.

Banyak yang aku dapat lepas join ruangan tu. Ruangan tu boleh menjadi wadah untuk blogger2 baru macam aku untuk mengenali blogger lain. Kenal dengan otai2 blogger, korek ilmu dari diorang. Boleh tambah trafik light jugak.

Mase tu abg ben kate nak tutup da ruangan tu, tp pastu abg ben kate x jadi. Hee. Sekarang ni plak ruangan tu da diberi nafas baru, dengan nama JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU.

So, kat sini aku memang sarankan kepada blogger2 lain yang nak join boleh join kat sini.

Abg ben, nak join lagi boleh x. Miahaha. Xdelah, bagi peluang kat orang lain plak kan. Apa lagi, terjah sana. Haha.

aku suka gambar ni sebab


Oryte, kali ini aku mendapat jemputan dari cik yuyu untuk menyertai contest yang dia buat. Ini 1st contest yang dia buat ok. Hadiah pun lumayan. banglo 3 tingkat sebijik. Tak, yang part hadiah tu aku tipu. Haha. Nak tau contest ape, silalah terjah blog beliau kat sini. Setiap contest mesti ada syarat kan. Ok, camni syarat2 dier :

1 ) mestilah jadi follower cik yuyu tuk memudahkan anda
mendapat info terbaru tentang contest ni. (settle)

2) letak banner contest pada ENTRI dan SIDEBAR selame
tempoh contest ni berlangsung dan link kan banner itu kepada
entri ini. (settle)

3 ) upload gambar anda dan buatlah satu entry
yang bertajuk :
saya/gua/aku/wa suka gambar nie sebab. (kat bawah nanti aku citer)

4 ) tag 3 rakan-rakan anda. (kat bawah ni yang pilih secara random)
-miss kiwi
-miss emilia emira
-misyamissyou

5 ) tingalkan jejak link entry anda kat comment post ini. (pas aku buat karangan ni aku g terjah sane blik)

Jadi, gambar manakah yang aku nak pilih. Aish, baru aku tau yang aku xde banyak gambar. Huu. Setelah belek punye belek gambar2 dalam lappy aku ni, aku pun pilih gambar berikut.


Kenapa aku pilih gambar tu? Sejujurnya aku nak bagi jawapan yang aku suka gambar tu sebab aku nampak aku lagi comel dari adik aku tu. Tapi orang kata, hidup ni jangan la jujur sangat, sebab nanti memakan diri. Kahkah.

Takdelah, tu sebenarnya gambar aku dengan adik angkat aku. Alip nama dia. Tu gambar lama sebenarnya, sekarang dia da besar da. Heee. Mase ni kitorang kuar satu family pusing2. Aku dengan adik2 aku sume g masuk kat arked game. Kitorang g jahanamkan mesin2 yang ade kat sane. Haha. Adik aku yang ni memang x main (dia kecik lg). Tapi dia tengok kitorang maen. Da macam kitorang yang jadi budak2 -_-''. Dia tengok kitorang dengan memek muka yang agak pelik sebab kitorang terkinja2 main kat arked tu. Haha. Tapi kitorang memang enjoy mase tu.

Ok, itulah cerita tentang gambar ni. So sesape yang nak masuk contest ni bolehlah cekidot kat sini. Contest ni bermula 14 Nov 2010 sampai 27 Dis 2010. Hadiah cik yuyu kata rahsia.

13 November 2010

Nescafe Chill Lah!

Giler ah.. Hadiah RM10k tu bro.. Haha..

Sape nak join cepat sket sebab contect anjuran Nestle ni sampai 25hb november 2010 jer..

Klu xnak masuk, just nak usha hasil kerja dorang pun boleh gak..

Pastu kalau da usha tu nak undi boleh, nak komen pun boleh..

Sume2 ni korang cekidot kat sini

Ape lagi, terjah.. =)

tag himmy cara faizs

faizs dapat tag ni dari budak ini.
tapi xnak r skema sgt so faizs buat tag lagu ni ikut cara faizs. boleh kan himmy.
so jadilah tag ini sebegini rupe. haha. cane nak buat tag ni, ha camni.
ok layan.

1.If someone says, “Is this okay?” you say
kekasih yang tak dianggap - kertas
(xjawab solan tul lagu nih..)

2. How would you describe yourself?
never too late - nidji
(aku punctual ok.. yeker.. haha..)

3. What do you like in a guy/girl?
claudine - maksim
(ape kejadahnye..)

4. How do you feel today?
dilema besar - peter porn. eh silap2. peterpan
(lagu ni tipu.. x rase dilema pon sebenarye.. haha.. njoy je.. heee..)


5. What is your life’s purpose?
apocalyptica - bittersweet
(apekebenda tuh.. hakhak..)

6. What's your motto?
kau yang punya - ft najwa, zaf, lah, elvira
(sejak bile motto aku tukar nih..)

7. What do your friends think of you?
masih - flop poppy
(lagu tu ade meaning bagi aku.. stop sini kasi lagu abis..)

8. What do you think of your parents?
cinta putih - kerispatih
(sungguh cinta mak bapak tu tulus, tiada dua, tiada syarat.. mama, abah abg sayang mama dgn abah..)

9. What do you think about very often?
dan sebenarnya - yuna
(apakah..)

10. What is 2 + 2?
enjut - noraniza idris
(apela lagu ni.. empat la jawapan dia.. sigh~)

11. What do you think of your best friend(s)?
tersiksa - wayang
(lol.. x tau plak aku dorang tersiksa..)


12. What do you think of the person you like?
sahabat sejati - unic
(hehe.. kene plak..)


13. What is your life story?
modern minimalis glamour - the times
(glamour la sangat idop aku.. kahkah..)

14. What do you want to be when you grow up?
dendang remaja - kristal
(ape ni.. haha..)


15. What do you think of when you see the person you like?
coba sekali lagi - twenty first night
(aku x tau nak goreng ape lagu ni.. haha..)


16. What will you dance to at your wedding?
norkia - new boyz
(kahkah.. ape ni..)

17. What will they play at your funeral?
seribu tahun - imran ajmain
(sengal je.. haha..)


18. What is your biggest fear?
buat aku tersenyum - naff
(sengal skali lagi.. haha..)


19. What is your biggest secret?
berakhir dengan pasti - matta
(ini kena.. haha.. fz nak sume berakhir dgn pasti.. ^-^ )


20. What will you post this as?
cerita asmara - fazley
(cerita merepek jer ni.. =b.. eh, ape cerita si fazley tu erk.. )

SEJARAH PERLU DICIPTA

Perlawanan menentang tuan rumah iaitu China pada malam ini adalah peluang skuad kebangsaan bagi melayakkan diri ke pusingan kedua (Sukan Asia 2010). Mereka hanya perlu seri untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

Sebagai rujukan perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan, mereka menang 2-1. Perlawanan kedua pula pada Rabu lepas mereka tewas 2-0 kepada pasukan Jepun.

Seandainya mereka layak ke pusingan kedua pada malam ini bermakna mereka akan melakar sejarah petama dalam 32 tahun.

Game kul 7.00 malam ini. Silalah tonton. Miahahaha.

So, chayok2 ok. =)

Sumber : sini

my 1st award


terima kasih kepada fezz cucuakatokaji untuk my 1st award sejak berkancah dalam blogging ni even blog yg xcantik.
camne nak cantikkan blog aku. help me.

Nickname untuk pemberi award :
cucuatokaji ke? hakhak. nape nama ko camtu feez. story sket meh.

Ucapan untuk pemberi award ini :
terima kaseh kepada mak, ayah kerana memberikan kehidupan kepada anakanda. eh, silap2. sori.
ok la. nak sampaikan ucapan dalam format pantun boleh kan. =b

cik feez bangun pagi,
bangun pagi x gosok gigi,
terima kaseh daun keladi,
esok bagi plak kfc.

sekian terima kaseh. miahaha. =b

Nama 6 artis yang aku minat :
lady gaga, lady gugu, lady gagak, lady bird, hey ladies, baldi
kenal x, aku pun x kenal. kahkah.

ok. pepun thanks fezz

p/s : award tu aku edit pki paint 5 kali tau leez sebab asyik salah eja nama ko je. huuu. kejap aku tulis leez la, anakatokaji la. see, kat atas ni pun aku tulis leez lagik. ok. feez. ha, da betul da.

p/s (lagi) : nak kenal feez x? g sini

lagi2 p/s : korang jangan ngorat dier plak. haha.

terima kasih semua

Alhamdulillah.

Berlalu jam duabelasmalam tadi tamat sudah untuk undian Cerita Kreatif yang Abg Ben buat.

Cerita Kreatif adalah antara contest terawal yang aku masuk pada awal2 aku terjebak dalam kancah blog.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua insan yang turut aku jebakkan dalam benda ni. Heee. Daripada seisi blogger, kawan2 belajar, kawan fb sume skali. Terima kasih tidak terhingga ya. Tak pasal2 korang pun join kan. Heee.

Terima kasih sekali lagi. Tepuk tangan untuk semua. Yey.

12 November 2010

jom undi faizs =)

hello semua..

faizs nak mintak tolong dari anda semua untuk mengundi entry faizs pasal semalam faizs ada masuk contest 'cerita kreatif' yang abg ben buat..

cara dier senang jer..

- korang g kat sini
-kat sidebar belah kanan ade tulis "CERITA KREATIF" kan
-tick nama Faizs
-then klik VOTE
-settle

kerjasama dari anda semua faizs ucapkan terima kasih banyak2.. =)
thanks tau..

p/s : klik tulisan biru tu tau utk terus pergi tempat mengundi, faizs da letak link trus g sane.. =)

11 November 2010

cerita kreatif


contest cerita kreatif ni abg ben yg buat.. sape menang dapat hadiah sebijik traffic light.. eh tak2.. aku tipu.. tapi ade kait2 dgn traffic gak la.. miahaha..

ok, jgn byk merepek, kiter mulekan.. 3...2...1... action

(p/s : beliau seperti gambar kat bawah ni bukan kucing aku, waima bukan juge kucing jiran aku.. kucing aku lg comel dr beliau ok..)


sebagai bloggers newbiekite haruslah mesra pengguna kepada sekalian alam pengguna laman sesawang yang bertandang ke rumah kite kan.. sebab tanpa mereka siapalah kite ni kan.. lagi2 noob blogger cam aku ni.. -_-''

(p/s : beliau seperti kat bawah ni bakal kambing yang nak kene sembelih utk raye aji minggu depan.. gambar kat bawah adalah posing terakhir dari beliau..)


sekarang aku da tau ape kemanisan dalam berblog ni.. dapat kenal member2 alam maya.. tambah awek, eh tak2.. tambah kengkawan.. hari2 usha blog statistic, bape byk orang tgk blog aku erk.. n3 mane yg dorang dok usha erk.. lagi2 kalau traffic mencanak naek kan.. lagi best klu tgk cik nuff yg baik hati membuahkan hasil.. memang senyum sampai ke telinga wa cakap lu.. berbaloibalaoibaloibaloikaloikaloikaloioioioioi.. kahkah..

(p/s : 2 ekor beliau ni adalah kawan baek yang memang kamceng.. dari kecik skola sesame, maen same2, mandi sungai sesama.. klu kene babab dgn parent memasing dorang pon larik dari umah sesama.. tp x lame pastu dorang balik gak kat umah sebab lapar nak makan kat umah.. pergh.. mmg kamceng la wa cakap ngan lu..)



sebagai blogger kiter memang akan saling bergantung satu sama kain.. ye ler.. xkan kau nak maen blog sensorang plak kan.. gilo opo.. miahaha.. so da macam simbiosis la.. memang saling memerlukan, bantu membantu.. simbiosis ni pun ade jenis2 gak.. cam simbiosis mutualisme, komensalisme, parasitisme, atau amensalisme.. jap.. korang paham ker ape aku story ni.. kalau x paham sila tanye pakcik google ok gahaha.. kalau macam citer abg ben yang ini adalah contoh simbiosis yang paling baik.. gandingan yg ideal gitu.. miahaha..

(p/s : 2 ekor beliau yang ada kat bawah ni plak adalah contoh makhluk yang saling mengenali.. yeler.. sekor mon, sekor lagi an.. mane pernah jumpe kan.. sekor dok atas pokok, sekor dok bawah pokok.. satu ari tu dorang berjumpe dan saling mengenali.. tibe2 plak cik an sakit perot sebab salah makan pada pagi hari tersebut.. cok mon pun dengan pantasnya membantu cik an tu hantar ke klinik haiwan berhampiran.. sweet bukan..)


dalam dunia blog ni xde sempadan sebenarnya.. kau boleh kenal sesape jer.. sebut aje, artis, menteri, org gomen, org makan gaji, bisnesman, student, suri rumah, org tanam anggur, even mak cik timah jual karipap kat simpang depan umah aku pun ade.. nah, itu aku tipu.. wakaka.. lagi satu kemanisan dalam berblog ni bile kite dapat tolong blogger lain.. kau pernah buat x.. try la buat.. sumpah kau rase bahagia nnt pas tolong org lain.. heee.. yela kan.. arini orang mintak tolong kat kite, kite hulur ape yg mampu.. esok2 klu kite plak perlukan pertolongan sape tau kan.. Dia tu Maha Adil.. =)

(p/s : 5 makhluk an kat bawah ni plak adalah adik beradik angkat cik an yg sakit perut kat atas tadi.. name sekor An A, An B, An C, An D dgn An E.. dorang ni sebenarnya adalah adik beradik angkat yang d jage oleh mak bapak angkat dorang.. dorang ni memang manje each other.. satu ari An A kene buli oleh sekor gajah kat skola, beliau pun ngadu kat An B.. An B kate sabo je la.. tapi bile si An C tau yg An A kene buli, trus dier ajak An C, An D, dgn An E g jumpe gajah tuh.. abis gajah tu kene babab dgn mereka2 ini.. sungguh protective bukan..)



sifat manusia la kan ada emosi.. x kisah la emosi ape pun.. suka, riang ria, sedih, marah, tension... kadang kite akan emosi dgn sesuatu yg berlaku.. kat blog ni la jadi tempat curahan kasih sayang.. kat blog la tempat bermanje2.. kat blog la tempat memaki hamun.. huuu.. then blogger lain la yg cube bagi sokongan.. chayok2.. sweet bukan.. heee.. u see..

(p/s : serius aku x tau nak tipu korang pasal ape tuk gambo ni.. -_-'' )


tapi nak story kat korang, klu da nama blogger tu.. pergh.. wa cakap lu.. dok ngadap pc/lappy je la keje.. lagi2 yg jadi blogger sepenuh mase.. itulah benda yang di ngadap ari.. abis nak buat camne kan, da keje jadi blogger, xkan kau nak suroh dier dok atas traktor plak kan.. haish.. tapi, abg ben ade pesan kepada newbies blogger..

(p/s : cik ber seperti gambar kat bawah ni plak adalah gambar candid yang disnap ketika beliau mengikuti pertandingan debat antara zoo kat Zoo Melaka tahun lepas.. beliau telah memanangi pertandingan tersebut kerana beliau berjaya mengeluarkan idea2 yang bernas ketika melawan cik ber lain.. sungguh bijak bukan beliau.. kahkah.. )



blogger dan n3, ape hubungannya.. blogger dan n3 ibarat keta dgn tayar.. xde tayar, keta xleh gerak.. analogi dier kat sini cam xde n3, xde la blog nak gerak/ berkembang.. tapi, aku paham.. idea tu kadang datang x seperti yg kita inginkan.. ye ler, klu da tyme main bola tibe2 idea datang, kat mane aku nak conteng.. xkan nak toreh pokok tepi padang tu plak.. kadang gak tyme nak update blog, ngadap komputer/lappy sampai berejam pun klu idea xnak lekat nak buat camne kan.. huuu.. sabe je ler.. da xtau nak buat ape, tu yg g bw blog org plak.. kacau dorang.. haha.. so sebagai blogger ni, kite kene la kreatif.. lagi kreatif dari blogger sedia ada klu kite mahu meju ke depan.. chewah.. macam pakar motivasi plak aku bercakap.. hikhik..

ok.. sekian saje cerita kreatif dari aku..
untuk further korang g sini jer.. heee..

p/s :n n3 aku paling panjang setakat ni..

terima kasih abg ben

ritu kan faizs join blog abg ben pasal sesi suaikenal blogger tu.
tadi abg ben buat satu n3 pasal sesi suaikenal yang ade backlink faizs kat situ




tak lame pastu berduyun trafik masuk blog faizs. terima kaseh pada yang sudi singgah n follow. nanti faizs follow anda plak. let me know klu ade yg terlepas pandang ok.

abg ben kate dier nak tutup sesi suaikenal tu, pastu x jadi plak. hehe.

pastu abg ben kuarkan n3 pasal ada blogger yg tertinggal ketapi, iaitu akak elly.

abg ben kate lagik dier nak kuarkan segmen baru. segmen ape, dia x bagi tau la plak. abg ben kate xnak org laen curik idea die. hihi.

neway, thanks abg ben

p/s : ok, faizs da tau malam nnt nak buat n3 pasal ape. tunggu. =)

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Baru tadi aku dok gatal tangan cek2 Nuffy Analytics aku. Tibe2 perasan ada backline blog aku dari blog Cik Wawa kiter. Eh, apakah? Haha. Sekali tengok dier tag aku kat satu entry dier pasal GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM. Pastu g masuk blog brader MelRomeo baca pasal GiveAway ni. Rase nak join plak. Kalau aku dapat hadiah tu, dapatlah aku domain sendiri kan. Miahaha. Hmmm nak pakai domain ape erk klu dapat tul2. =b. So aku nak join gak dengan :

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1.wan
2.missblurry
3.cik snow
4.feez-cucuatokaji
5.cik nadia



MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM



Tarikh tutup dier 30 November 2010. =)

hentikan penderaan kanak-kanak!!

Bersama kita menyokong kempen untuk menghentikan penderaan terhadap kanak-kanak.
Kita seharusnya menyayangi dan melindungi kanak-kanak ini semua.

Ikut sini untuk menyatakan sokongan anda..

10 November 2010

sesi suai kenal blogger berminat

kite kalau budak baru belajar ni, kenalah belajar atau kutip pengalaman dari orang2 yang lebih otai kan.. heee.. so ni aku dok follow abg otai kite iaitu abg ben ni hah..



dier slalu rajin update blog dier.. bagi tips yg memang bergune sangat.. kat blog dier ni pun ade die sediakan entry tuk blogger2 yg baru cam aku ni tuk sesi suai kenal.. so aku pun nak join sekaki la...

so kepada blogger2 lain yang datang blog aku ni sudi-sudikanlah add aku.. nanti aku follow korang plak.. heee.. bolehlah kite kenal2 kan.. boleh share2 ilmu.. kalau nak bagi pandangan atau pendapat pun boleh gak.. dekat sini pun nak menjemput abg ben untuk memollow (?) blog yang x seberapa ni.. ^-^

ok.. epy2 blogging..

07 November 2010

Will MySpace be sold or shutdown?

Kalau dulu zaman mude2 mesti korang dok layan 2 social network ni kan.. =b


Aku pun ade layan gak.. tapi just main2 je la kan.. Yela, mase tu budak2 lagi kan.. Sume benda pun nak buat main2 je.. kan..

Myspace ni wujud Ogos 2003 dan Facebook plak menyusul pada tahun berikutnya, Februari 2004..

Tapi setelah kehadiran facebook yang sememangnye kacak, dunia seakan beralih kepadanya..

Aiseh, citer Facebook jer ade plak agenda yahudi sume ape kan.. xpe, sebagai manusia yang bijaksana, kita seharusnya manfaatkan ia kearah yang sebaiknya.. =)

Sekarang pulak myspace katanya sedang dilanda masalah.. Owner myspace News Corp kate dorang tengah hadapi masalah.. Setelah kehadiran facebook, kehadiran pengunjung ke Myspace kian berkurang..

Yela, aku pun baru semalam jenguk Friendster setelah ntah berapa tahun aku x tengok Friendster aku tuh.. Nasib baik ingat password.. Korang ntah2 ade yang lupe password da.. gahaha.. Myspace plak aku memang da lupe password die, malas r nak bukak.. xde benda penting sangat pun kat situ.. huuu.. =b

Tapi dorang kate dorang akan buat sesuatu untuk bagi Myspace up balik.. =)

Sumber:
sini
dan sini

06 November 2010

kenape dengan shoutbox saye



Tolong..
Korang nampak shoutbox faizs kat sidebar cam kat gambar atas ni kan..
Kenape erk.. Faizs x tau kenape die jadi camtu..
Dari petang tadi..
Nak berjalan-jalan di alam maya pun x boleh.. Huuu..
Sesape yang tau tolong faizs.. Da x tau nak buat camne..
I'm noob.. gahaha.. =b

05 November 2010

examination



Ark.. Sekarang aku tengah study week.. Week jer yg study, aku study x pun.. Tipula x study skit pun kan.. Ok fine, aku study ler sket2.. =b

Tp sumpah bosan, sebab paper aku yang perta1st dgn yang ke2nd tu aku kena banyak membace.. Letih der nak membace nih.. Aik, tinggal nak bace pun letih ker.. =b

Sape yang wujudkan exam ni hah.. Memandai jer kau nak adekan exam..
Da xder keje ker hah.. Kau yang wujudkan exam, kau jer la yang amik exam.. Apsal nak libatkan aku plak.. X paham betullah aku dengan kau ni.. (Aku merepek da nih)

Sebelum aku merepek lebih jauh, baik aku tamatkan repekan aku dulu kat sini..

As a conclusion, ALL DA BEST tuk diri aku, kengkawan, adik, akak, abang, pakcik, makcik, org2 kampung serta sume yang menduduki exam x kisahlah exam ape2 pun.. =)

03 November 2010

kenapa aku berblog

Sebelum ni aku adalah seorang silent rider yang tegar. Aku suke bace blog2 orang. Suke2 aku bace blog orang.

Tp nak komen aiseh, tak berani la plak. So aku bace jer la. Ape2 blog pun aku bace. Aku baru tersedar rupenye banyak blog yang aku bace ownernye pompuan (-_-").

Ade gak angan2, uish best gak erk ade blog ni. Boleh tulis macam2. Conteng jer sesuka ati. Yela, da blog dorang, suke dorang ler nak tulis ape kan. Aku la tukang bacenye (-_-"). Best gak kekadang bace entry2 dorang yang merepek macam kerepek. Sama gak macam sekarang aku merepek ni (-_-").

Back to basic, eh tak2. Berbalik pada asal, kenapa aku berblog (ade ker perkataan nih) sebab:

✓aku nak mencuba sesuatu yang baru
✓aku nak kongsi ape2 yang best
✓tempat aku merepek sambil makan kerepek

Orang kate bole gak buat duit melalui blog. Tul ker. Aku percaya benda ni andai ada usaha =). Ada usaha, ada balasan kan. Buat masa ni point buat duit ni aku buat sebagai side jer. Tapi kalau da orang nak bagi, kecik tapak tangan menghulur, padang bola sepak aku tadahkan.

Saye budak baru belajar, kalau salah tolong tegurkan =). Kekadang aku alpa gak, so tegur la mane aku silap yer wahai blogger sekalian.

As s conclusion EPY BLOGGING ya..

Ujrah PTPTN

Aku buat entry setelah diugut oleh member aku untuk citer pasal Ujrah PTPTN ni..


So aku buat research sket pasal ujrah ni kat library UTeM, eh tak2. Kat pakcik Google jer.

Kat blog rionix88 ada menerangkan berkaitan ujrah dan perbezaannya dengan kadar pinjaman asal.

Dalam laman sesawang Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman pula ada menerangkan berkaitan PTPTN, Hukum dan Kos Perkhidmatan.

Surat pekeliling pasal ujrah ni pihak PTPTN keluarkan untuk memberitahu kepada para peminjam berkaitan pelaksanaan kaedah baru pembiayaan PTPTN yang mengenakan ujrah atau upah sebanyak 1% dengan kadar rata.

Proses dier plak adalah seperti berikut:


Yang part kemaskini maklumat tu korang boleh buat kat sini

Bagi korang yang banyak benor solan dier boleh tengok FAQ ni

Kalau masih tak clear gak bolehlah korang try roger2 PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455, mane la tau kalau suara awek yang angkat fon tu suara cam Lisa Surihani ker. Itu pun kalau la. =b

Pada pandangan aku plak, bagus la kalau pihak PTPTN mencuba untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Cuma diharapkan agar dapat diperbaiki lagi di masa hadapan. Yang penting pandangan pihak alim ulamak tidak diketepikan dalam hal-hal sebegini. Ok, sekadar berkongsi di sini. Mane yang kurang tu dari aku segalanya.

*korang kalau nak paham kene bukak sume link yang aku sertakan dan bace satu2 ok.
*klu nak disscuss atau bagi pendapat tulis kat ruang komen kat bawah yer.

02 November 2010

Cadangan Kepada Kerajaan Malaysia

Checklist:
♦Warganegara Malaysia (✔)
♦Sudah mencapai umur 21 tahun (✔)
♦Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia (✔)
dan
♦Tidak hilang kelayakan (✔)

Checlist kat atas adalah checklist 'Siapakan Yang Layak Menjadi Pemilih'

Ok next;

1st ko kene ☛Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran
Jangan luper plak ☛Bawa bersama Kad Pengenalan anda
Next ko kene ☛Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang
dan
lastly ko jangan tak ☛Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
(sumber)

Itu plak 'Cara-cara Untuk Mendaftar Sebagai Pemilih'

Ok, aku tak tipu aku da pass sume cheklist kat atas.
Aku jujur gak aku tak buat lagi step yang selepasnya tu.
Sebab tu aku termasuk dalam 900,000 pelajar IPT yang tak mendaftar lagi. Aku la tu salah seorangnye.. Miahahaha..

Kesemua 900,000 orang yang tidak mendaftar tu plak termasuk dalam 2,241,565 orang rakyat Malaysia yang tidak mendaftar lagi. (2010/09/01)
Artikel ini plak kate 4.2 juta tidak mendaftar lagi. (02/09/2010)
Tak tau kalau ade maklumat yang khilaf ker aper, tapi yang penting ramai gak la bilangannya yang tak mendaftar sebagai pemilih. Huuu.

Pelbagai usaha digunakan untuk membuat orang ramai untuk medaftarkan diri mereka.
Ada yang cadangkan daftar masa buat bancian
Ada buat promosi Satu Kepala 1 Ringgit la.
Tapi kalau da orang taknak buat nak g daftar nak buat lagu mane kan. Cam aku ni. Hihihi.

Aku rase salah satu faktor yang menyebabkan ramai malas nak mendaftar kerana mekanisma untuk mendaftar yang tidak berkesan.

Oleh yang demikian aku mencadangkan Kerajaan Malaysia agar mekanisma pendaftaran ini diperluaskan. Aku sebagai rakyat Malaysia berikrar dan berjanji, eh tak2.

Aku mencadangkan dibuka Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online ler tuh). Bukan ker sekarang sume benda nak buat pun online jer. Nak renew roadtax pun da online. Tinggal tunggu jer kat umah, sampai la nanti roadtax kau. Dulu aku register masuk u pun da online. Bayar bil pun online. Sampai nak cari jodoh gune online pun boleh. Cube bayangkan sambil maen fb boleh gak daftar pemilih. So, why not buat plak Pendaftaran Pemilih Secara Online kankankan.

Nak lagi senang daftar gune SMS plak. Haha. Kan lagi senang camtu. Barulah cam stylo. Miahaha.

As a conclusion, AKU BUKAN TAKNAK REGISTER la.

Sekian sahaja cadangan saya. Sekian terima kasih.

Ron 97 goes up 5 sen - Malaysiakini

betulkah ini semua..
oh.. katakan tidak pada pada ron97.. miahaha..
jangan esok pagi aku nak bayar isi minyak tengok2 ron95 pun naek same..
memang naik la aku, naik ape.. naik pangkat.. hakhak..
seb abek aku xde keta ferrari yang perlu dituang ron97 kedalamnye.. phewww..

agak2 kalau ron97 da naik ni ade peluang tak ron95 naik same..
hmmmm... wait n see..


Ron 97 goes up 5 sen - Malaysiakini

01 November 2010

Pelbagai jenis motor

Aku baru godek-godek kamus Motor yang ade kat library, x aku tipu.. Aku dapat kat emel tadi.. =b..
Aku baru tau ade banyak gak rupanya jenis motor ni..
Motor pun ade berbagai-bagai jenis hoo..
Aku pun baru tau pasal benda2 ni sume..

Motor paling moden - Modenas
Motor ada hon - Honda
Motor paling best - Suzuki Best
Motor paling bahaya - Hurricane (Honda)
Motor untuk ahli sukan - Yamaha Sport
Motor paling elegen - Modenas Elegan
Motor paling kerek - Yamaha Ego
Motor asyik menang jer - Modenas Jaguh
Motor yang tajam - Modenas Kriss
Motor lagi tajam - Honda Blade
Motor yang tajam lagi ganas - FireBlade
Motor untuk VVIP - Modenas Elit
Motor paling seronok - Modenas Xcite
Motor paling cute - Comel
Motor paling berahi =b - Passion
Motor raksasa - Ducati Monster
Motor pandai karate - Kawasaki Ninja
Motor Red Indian - Tomahawk
Motor paling kaya - Goldwing
Motor paling lama - Motor Lagenda
Motor belajar dalam kelas - EX5 Class
Motor da pandai, dapat naik kelas - EX5 Class 1
Motor laju atas air - motobot
Motor pandai masak - Ajinomoto
Motor pandai cakap - Motorola
Motor ade bulu ketiak - tokey kedai motor..

yg last tu aku tambah.. miahaha..

30 October 2010

sayang atuk saya

semalam mama kol

(fon aku bunyi)
aku : ello, assalamualaikum.. heee..
mama : waalaikumsalam.. buat per tuh..
aku : tengah temankan member makan..
mama : owh.. mama nak masukkan duit, nak mama masukkan berape..
aku : hmmm.. masukkan jer brape2.. heee..
mama : nak masukkan brape..
aku : x kisah masukkan brape2 pun..
mama : ok.. nnt mama masukkan, da masuk mama bagi tau..
aku : ok.. time kaceh.. heee..
mama : mama x keje arini.. tu yg g bank.. tadi g anta atuk spital, buat medical check up.. pastu kene tahan..
aku : ha, nape atuk kene tahan..
mama : atuk kene tahan sebab tekak dier, kan aritu dier xde suara.. td doktor nak buat medical check up tgk kat tekak atuk mcm ade something.. doktor trus tahan atuk.. tgu doktor amik contoh.. klu darah tinggi sume ok, boleh balik la kot
aku : owh.. kat spital mane atuk pegi mum..
mama : spital klang sane..

tadi aku kol mama

aku : ello, assalammualaikum..
mama : waalaikumsalam..
aku : buat aper tu..
mama : td g amik gemok kat umah acik, ni baru sampai umah.. goreng ikan skit, ni tgh makan..
aku : ha, nape baru sampai umah..
mama : mama g tengok atuk kat spital tadi petang. mama kuar keje kul 4 td g tgk atuk kat sepital..
aku : ape doktor kate..
mama : doktor da amik contoh kat tekak atuk tu.. dapat tau keputusan dalam 3 ari doktor kate..
aku : sape jage atuk kat spital tyme malam..
mama : yik yg jage..
aku : mama abang balik esok.. da beli tiket da.. heee..
mama : naek bas kul bape..
aku : naek bas kul 8setengah pagi..
mama : owh.. ok la tu.. sampai klang kul 11.. nanti mama amik, boleh g tengok atuk kat spital..
aku : ok.. sok tengahari kte g tgk atuk..

*doktor, kau tengok2kan atuk aku tu elok2.. kau jgn macam2 plak.. pepon tq in advance yer doktor..

*atuk.. sayang atuk.. cepat sembuh tau.. esok tghari faiz datang tgk atuk yer..

29 October 2010

industrial training briefing

Sebagai seorang pelajar yang masih belajar, latihan industri (LI) atau dikenali juga sebagai industrtial training adalah perkara yang tidak asing lagi. Latihan industri ini biasanya perlu dilalui oleh pelajar yang dekat nak abis belajar, (cam aku kene belajar 4 tahun, so tahun 3 ni aku kene buat latihan industri. Oleh kerana aku adalah seorang pelajar, oleh yang demikian aku kena melaluinya dengan jayanya insyaAllah. Seperti kita sedia maklum, setiap perkara yang akan dilakukan seharusnya mempunyai permulaannya, dan permulaan kepada latihan industri adalah sesi briefing aka taklimat pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 November 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 pm
Tempat : Auditorium Canselori, UTeM

as a conclusion, AKU KENA DATANG benda ni.

*further details : kat sini

happy birthday to you

orang sane,
orang kat sini nak kate,

selamat ulang tahun yang ke-22 tau
didoakan segala yang dicita tercapai
juga dibawah lindunganNya selalu
happy birthday
terima kasih atas semuanya

28 October 2010

sumpah aku suka


benda ni datang tiba-tiba, memang unexpected langsung.
memang rase very da sigh~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

yeah, aku like.
seb baek xde button lyke kat sini.
miahaha..
benda ini tangguh ke esok hari.
sumpah aku suka
sebab slide presentation pun on going.
u see, betapa rajinnye aku.
petang kul 3 nak present kul 10:21am ni baru nak buat.
miahaha...
so, boleh buat keje dengan penuh ketenanangan.

tapi aku nak balik sok.
camne ni.. sigh~
da aku x jadi suke plak.
=b

another presentation

update blog sat sebelum buat keje.. heeee.. =b
bilakah hari2 sebegini akan berakhir..
nak muntah dah ni.. sumpah penat..
even penat kene gagah gak.. AKU GAGAH.. GAGAHNYE AKU..

mengharapkan segalanya menjadi baik, tiada yang selain baik yang aku harapkan selain daripada perkara baik2 jer.. hokey..

enough2.. continue mensibukkan diri selepas sibuk yang ini

27 October 2010

critical and creative thinking

aku mengadap CCT ni sampai da kritikal.. muahahaha..
ni kasi intro jer r.. nak tengok full video datang kelas cik ct (eh silap), CCT tyme presentation esok.. layan jer even buruk.. hahak..

video

26 October 2010

aku yang sibuk

ark..
tolong aku..
banyak keje nak kene buat..
sori kawan klu tak dapat penuhi permintaan ko..
aku terpakse mandahulukan mane yang lebih dahulu..

rilek wahai diri, juz chill with all da works..
mengharapkan segalanya berjalan dengan baik dan suksess..

Ya Rab, bantu hambamu..
Aminnn..

hmmmm.. time ni gak la kangen kat insan2 yang aku kangen..
aku rindu, aku sayang kamu semua.. take care..

new update:
juz one call and u were really make my day.. thanks.. c u soon.. =)

25 October 2010

my first entry

Bismillah..

(serius)
Alhamdulillah, pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya blog aku ni siap.

Keinginan aku untuk create blog ni sebab sebenarnya selama ni aku hanyalah seorang blogwalker (ade ker perkataan nih.) Cam best jer tengok blogger2 lain tulis macam2 kat blog diorang. (walau aku tau ade best ade tak best) Tapi ape salahnya aku cube kan.. =)

Sepanjang aku jadi blogwalker, aku tengok ade blog citer pasal life dorang, kongsi ilmu, sharing muvie, lagu, software, blog untuk biznez n etc.. Bagi aku plak aku tak klasifikasikan (pergh ayat) sangat blog aku ni pasal ape. Tapi ape yg aku rase aku nak letak aku letak jer. Haha. Nama pun blog aku kan. My Blog, My Rulez. Haha. (aku da x serius nampaknya.)

(penat r jadi serius)
Inspirasi aku tuk create blog aku ni sebab budak ain ni hah yang bajet chumel.. Ini tak boleh jadi, klu dia da ade blog, aku pun nak.. miahahah.. boleh r aku gaduh dengan dier through blog plak.. hakhak..

So as a conclusion, AKU DA ADA BLOG WEH.. Sekian terima kasih.. Miahaha..