|| link exchange ||

03 November 2010

Ujrah PTPTN

Aku buat entry setelah diugut oleh member aku untuk citer pasal Ujrah PTPTN ni..


So aku buat research sket pasal ujrah ni kat library UTeM, eh tak2. Kat pakcik Google jer.

Kat blog rionix88 ada menerangkan berkaitan ujrah dan perbezaannya dengan kadar pinjaman asal.

Dalam laman sesawang Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman pula ada menerangkan berkaitan PTPTN, Hukum dan Kos Perkhidmatan.

Surat pekeliling pasal ujrah ni pihak PTPTN keluarkan untuk memberitahu kepada para peminjam berkaitan pelaksanaan kaedah baru pembiayaan PTPTN yang mengenakan ujrah atau upah sebanyak 1% dengan kadar rata.

Proses dier plak adalah seperti berikut:


Yang part kemaskini maklumat tu korang boleh buat kat sini

Bagi korang yang banyak benor solan dier boleh tengok FAQ ni

Kalau masih tak clear gak bolehlah korang try roger2 PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455, mane la tau kalau suara awek yang angkat fon tu suara cam Lisa Surihani ker. Itu pun kalau la. =b

Pada pandangan aku plak, bagus la kalau pihak PTPTN mencuba untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Cuma diharapkan agar dapat diperbaiki lagi di masa hadapan. Yang penting pandangan pihak alim ulamak tidak diketepikan dalam hal-hal sebegini. Ok, sekadar berkongsi di sini. Mane yang kurang tu dari aku segalanya.

*korang kalau nak paham kene bukak sume link yang aku sertakan dan bace satu2 ok.
*klu nak disscuss atau bagi pendapat tulis kat ruang komen kat bawah yer.

14 comments:

Rozuan Ismail said...

aku pon x tahu ujrah ni konsep dia sebenarnya apa..cuma,mungkin kos akan meningkat kerana itu adalah kos pengurusan dan pentadbiran dan bukan untuk mendapatkan keuntungan..

faizs said...

yang aku faham, ujrah tu kire cam upah.. cam orang keje yang diberi gaji, diberi upah.. kalau sebelum ni dorang kenakan caj sehingga 3% adalah dianggap terlalu tinggi.. mungkin setelah diubah, hanya dikenakan upah 1% yang dilihat lebih berpatutan.. cuma sepatutnya jika upah, ia x sepatutnya dikira dengan percentage.. kerana jika loan rm10k dgn loan rm30k adalah berbeza upah yang dikenakan.. ini kerana ia dikira dengan cara percentage yang dikira daripada jumlah loan.. upah yang sepatutnya dikenakan adalah kos sebenar yang terhasil kerana urusan pemberian loan sahaja, bukannya dari jumlah pemberian loan.. mungkin ini satu kelemahan yang boleh diperbaiki di masa akan datang.. =)

said said...

xfhm la jawa

zmah said...

Siap bagi no phone PTPTN tu...

faizs said...

ano - mane ang x pahe.. =b
zmah - mane tau nak ngorat awek PTPTN ker.. =b

lizz said...

PTPN menakutkan coz membayarnya tak habis2 sampai skang coz pentadbiran dah la tinggi...

Yua said...

as I know, itu smua riba' kan... hmmm

noor afzan said...

saya suka bila dorang turunkan kadar upah tu walaupun masih di consider tinggi tapi better la daripada dahulu.
kalau rasa was2 takut riba ke hape baik langsaikan je hutang tu cepat2.
saya tinggal lagi seribu lebig tuk langsaikan.

faizs said...

yua - mungkin pihak PTPTN telah sedar akan hal itu. sebab tu dorang cube untuk mengubah kaedah yang dorang amalkan selama ini kan. aku pun blajo gune ptptn. hanya Dia yang tahu niat sebenar kite semua.
lizz - kalau boleh da keje nanti nak abiskan utang ptptn dulu. huu. x keje lagi ni dapun da ade utang. sigh~

BLADE EDGE said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

stakat ni blm dpt byr sesen pun hutang PTPTN masa blaja dulu, sbb blm dpt keje tetap..asyik lompat2 keje jer..tp dpt info ni dulu dah kira bagus...

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

rubi @ cawan2 said...

apa barang talian hotline = talian tetap? xde bebas tol ke PTPTN oi..

rionix said...

kurangkan percent tu mmg bagus. tp klu xde bunga lg bagus. kerajaan kita da cukup kaya xkan xboleh tanggung kos pengurusan yg kecik tu

Misztake said...

ha'a..
sbb duit yg dipinjam tujuannya baikk.. utk belajar..
klu caj bayar balik tinggi, mmg susah la...

Blog Rizal said...

sapa2 yang dah buat pertukaran ujrah ni leh la buat calculation skit cam aku buat.
xtahu la untung ke rugi
tepuk dada tanya selera