Checklist:
♦Warganegara Malaysia (✔)
♦Sudah mencapai umur 21 tahun (✔)
♦Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia (✔)
dan
♦Tidak hilang kelayakan (✔)
Checlist kat atas adalah checklist 'Siapakan Yang Layak Menjadi Pemilih'
Ok next;
1st ko kene ☛Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran
Jangan luper plak ☛Bawa bersama Kad Pengenalan anda
Next ko kene ☛Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang
dan
lastly ko jangan tak ☛Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
(sumber)
Itu plak 'Cara-cara Untuk Mendaftar Sebagai Pemilih'
Ok, aku tak tipu aku da pass sume cheklist kat atas.
Aku jujur gak aku tak buat lagi step yang selepasnya tu.
Sebab tu aku termasuk dalam 900,000 pelajar IPT yang tak mendaftar lagi. Aku la tu salah seorangnye.. Miahahaha..
Kesemua 900,000 orang yang tidak mendaftar tu plak termasuk dalam 2,241,565 orang rakyat Malaysia yang tidak mendaftar lagi. (2010/09/01)
Artikel ini plak kate 4.2 juta tidak mendaftar lagi. (02/09/2010)
Tak tau kalau ade maklumat yang khilaf ker aper, tapi yang penting ramai gak la bilangannya yang tak mendaftar sebagai pemilih. Huuu.
Pelbagai usaha digunakan untuk membuat orang ramai untuk medaftarkan diri mereka.
Ada yang cadangkan daftar masa buat bancian
Ada buat promosi Satu Kepala 1 Ringgit la.
Tapi kalau da orang taknak buat nak g daftar nak buat lagu mane kan. Cam aku ni. Hihihi.
Aku rase salah satu faktor yang menyebabkan ramai malas nak mendaftar kerana mekanisma untuk mendaftar yang tidak berkesan.
Oleh yang demikian aku mencadangkan Kerajaan Malaysia agar mekanisma pendaftaran ini diperluaskan. Aku sebagai rakyat Malaysia berikrar dan berjanji, eh tak2.
Aku mencadangkan dibuka Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online ler tuh). Bukan ker sekarang sume benda nak buat pun online jer. Nak renew roadtax pun da online. Tinggal tunggu jer kat umah, sampai la nanti roadtax kau. Dulu aku register masuk u pun da online. Bayar bil pun online. Sampai nak cari jodoh gune online pun boleh. Cube bayangkan sambil maen fb boleh gak daftar pemilih. So, why not buat plak Pendaftaran Pemilih Secara Online kankankan.
Nak lagi senang daftar gune SMS plak. Haha. Kan lagi senang camtu. Barulah cam stylo. Miahaha.
As a conclusion, AKU BUKAN TAKNAK REGISTER la.
Sekian sahaja cadangan saya. Sekian terima kasih.
4 comments:
btol2kalau online ni senang..kt IPTA semua dh boleh online..x yah susah2..nk g dftar sana dftar sini..bguslah idea ko bro..tp aku rasa aku pernah dgr pasal daftar online nih..
aku pun pernah dengar gak bro.. ade bace kat paper.. ade cadangan.. tapi sampi la ni senyap jer.. huuu..
entahlah..nak ata apa pon x tahu..kenalkan suatu sistem..tapi senyap je..kat mana salah pon tak tahu..
sokong sistem on9 yang banyak membantu. tapi kecewa jgk banyak barang naik harga.huhu...
p/s: ada voucher penginapan percuma di Sunway Hotel untuk semua.
Post a Comment