|| link exchange ||

29 February 2012

Mahu dia yang selalu

dia sedang tidak gembira
tidak termakbul apa mahunya
kuakui memang payah
agak perih
pasti jerih

cuma pesanku
diuji tanda sayang
mahu lihat bagaimana kita
mengharung semua payah
menongkah seluruh perih
menghadap segala jerih
lagi aku pesan
akan aku bantu
sedaya upaya cuba
selagi aku nafas

tak minta dibalas segala
cuma mahu yang terbaik
agar dia seperti selalu

26 February 2012

Takkan pernah menyerah

sory lukisan tak berape lawa. huu.

Setiap hubungan punya pasang surutnya
Gembira bersulam sedih
Suka disulam duka
Tidak sempurna mana aku
Yang selalu dapat apa aku mahu
Maka, tidak aku mengalah
Takkan pernah menyerah
Walau sekali
Akan aku usaha
Akan aku doa
Agar hubungan ini berhasil
Kerna aku sayang kamu