|| link exchange ||

12 March 2011

pemilik tubuh tegap

atuk pemilik tubuh tegap, walau dimamah usia kita tetap boleh nampak.
kudratnya masih kuat walau tidak sekuat dahulu.

petang itu.
hantar lauk mama masak ke rumah atuk.
bersama atuk duduk atas kerusi depan pintu di belakang rumah.
bertanya tentang lembu yang diamanah pada orang yang tak amanah.
bukan siapa-siapa, kawan atuk juga.
setelah sekian lama, helah terbongkar. menipu atuk.
rahsia terbongkar, masih mahu mengelak.
janji bertemu dirumah atuk. atuk menunggu.
bayang tidak juga temu. huh.
atuk yang mangsa yang kena jumpa dia. runding.
si kawan berjanji melunas janji yang dinoda.
harapnya janji ditepati.

yalah, atuk bukan ada sumber rezeki.
asalnya lembu itulah punca rezeki, bila dijual nanti.
tapi amanah dinodai.
lembu hilang pergi, duit tidak diberi.

masa itu atuk kurang sihat.
duit diperlu untuk beli ubat.

aku tanya atuk. banyak tanah atuk.
atuk jawab. tiada banyak juga.
apa yang dikebun alas, itu cuma.
aku tanya atuk. macam mana atuk dapat tanah.
atuk jawab. zaman dulu, tanah bukan milik siapa-siapa.
kalau mahu tanah, pergi sahaja teroka hutan.
atuk teroka bersama saudara kandung dia.
hasil bahagi sama rata.
tapi bukan mudah.
zaman dulu pokok berpemeluk-pemeluk, tinggi melangit.
alat diguna gergaji cuma.
bila tertubuh kerajaan, geran tanah dimohon.
dapat geran, sah tanah jadi milik.
itulah cara mendapat tanah zaman dulu.
kebun alas ini juga ada sawit, bunga kantan, sedikit rambutan.

*momen waktu kecilku*
di kebun alas ini aku membontoti atuk.
bersama motor buruknya. duduk dalam raga rotan belakang motor.
di kebun alas ada satu parit kecil.
sampai sana terus bermain parit. mandi. 'jiblon'.
jernih air. terkadang ada ikan. sepat mungkin.
membontoti atuk, mengambil bunga kantan sudah masak.
atuk pesan, terkadang ada babi di kebun alas. terus kecut.
rapat-rapat membontoti atuk.
mencabut ubi kayu, cendawan meliar jika ada.
sambil-sambil menebas rumput meninggi.
melihat-lihat buah sawit yang masak.
matahari tegak, bergerak pulang.
momen sungguh. simpan kemas-kemas.
tak tahu, sampai warisku boleh tidak mereka punya momen sama.
dunia berubah.

masa kudrat masih kuat dulu.
atuk ada juga menumpang
menumpang kebun di belakang rumah.
buat cucuk tanam.
nanas, kacang, ubi, cili, kacang.
mahu memotong, pokok sudah tua. getah sedikit cuma.
seawal pagi atuk berjalan ke kebun belakang.
hampir tengahari baru pulang. bawa hasiil.
ada diguna, ada dijual.

atuk
itulah pemilik tubuh tegap.
moga dia sihat juga dilindungi selalu.
cucumu, Konteng sayang atuk Suboh.

2 comments:

Unknown said...

sungguh manis momen waktu kecil dulu bersama atuk..faiz wat sendiri ke puisi ni..best,memang berbakat..

faizs said...

momen kecik2 dulu wan.. selit kat sini, takut2 lupa.. hee.. takut gak generasi mendatang x dapat momen yang sama macam kita.. lagi2 anak kita sendiri.. yela, dunia berubah.. ntah dorang kenal pokok ubi ke x nanti.. huuu.. tibe2 ilham ade wan, tu yg conteng tu.. hee..