|| link exchange ||

29 December 2011

Ulangkaji

Fyp gua yang seperti batu yang aku junjung atas kepala selama satu semester ini sudah aku tinggalkan entah dimana. Tipu. Haha. Fyp gua sudah selesai untuk semester ini sebenarnya. Rasa seperti di syurga tahu. Kahkah.

Lepas hantar fyp Jumaat lepas, terus gua cabut balik kampung tinggalkan bumi Melaka. Kat rumah menghabiskan masa bersama keluarga tercinta juga sidia. Ahaha. Lagi seperti di syurga. Lani tinggal nak ngadap final exam minggu depan. Satu nota ape pun tak bukak lagi. Haih. Memang 'rajin' sungguh gua. Huh.

ini jadual periksa aku.
Jadual sudah ada baru boleh ulangkaji (alasan). Okey. Lepas ni aku tekad mahu ulangkaji. Haha.
Jom ulangkaji.

20 December 2011

mesin masa

Pukul berapa da ni haih. Gua pulak masih menghadap benda dunia semua ni -_-''. Bangun tidur nanti gua harap ada sebijik mesin masa sebelah gua. Boleh gua skip terus hari sampai hari Sabtu. Senang. Tak payah gua nak hadap hari Selasa, Rabu, Khamis juga Jumaat ni.
Kalau harapan gua tu tak termakbul maknanya  gua kena menghadap empat (4) hari akan datang ni dengan FYP gua. Nasib baiklah satu (1) FYP je gua kena hadap dalam hidup gua. Dan benda alah tersebut perlu dihantar hari Jumaat ni kat fakulti gua. Maksud gua, fakulti tempat gua belajar la. Bukan fakulti yang dimiliki oleh gua.
Takpe. Gua kena tingkatkan tahap kesabaran gua sampai tahap langit ketujuh. Harap gua tabah menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Gua kan kuat. Tahu.
Gambar 1: Bukan sebuah mesin masa.
:tajuk fyp gua ialah the effect of carbon black on properties of graphite-epoxy composite. power kan. macam gua la. kahkah.

19 December 2011

Sungguh aku ingin kamu.

Aku ingin engkau tahu
Sungguh aku ingin kamu
Engkau dihatiku ratu
Tiada sekelumit ragu

Akan aku suntingmu
Jadi teman hidupku
Bersama dijatuh bangunku
Disetiap detik juga waktu

Moga ikatan direstu Ilahi
Bersama menyulam cinta suci
Berdua bawah payung Rabbi
Didunia keakhirat nanti

30.11.2011 adalah tarikh sebenar. :p



:bait ini terlintas tika dalam kelas. kulit buku jadi contengan ketika itu. cuma pindahkan dalam blog yang sudah terbiar lama. sekurangnya ada contengan dalam blog ini pula untuk tatapan.

22 November 2011

Malaysia juara Sukan Sea 26


Syukur atas kemenangan skuad Harimau Muda bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 26 di Stadium Gelora Bung Karno. Pasukan kita menang keatas pasukan Indonesia dengan penentuan sepakan penalti. Sebelum itu perlawanan terpaksa diheret dalam masa tambahan, namun kedua-dua pasukan terus terikat dengan jaringan 1-1.

Akhirnya skuad  Harimau Muda dapat mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun sudah. Cerita kemenangan ini sekaligus menutup mulut-mulut jahat pihak lawan yang cuba melakukan provokasi keatas pasukan kita. Skuad Harimau Muda ini sememangnya layak untuk merangkul kemenangan ini. Jika dilihat sepanjang kejohanan Sukan Sea yang berlangsung kali ini pelbagai cerita kurang enak dapat didengar. Skuad ini terpaksa melalui laluan yang agak berliku sebelum akhirnya merangkul kemenangan ini. Sejurus kemenangan di Indonesia, skuad Harimau Muda terpaksa bergegas pulang ke tanah air untuk perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan melayan kunjungan pasukan Syria.

Mereka sememangnya layak. Semoga pasukan Malaysia terus sukses di perlawan-perlawanan mendatang. Kami rakyat Malaysia akan terus menyokong. Tanah tumpahnya darahku. Selamanya.

20 November 2011

seteru bertemu kembali



Dengan kemenangan Malaysia keatas Myanmar dalam perlawanan separuh akhir Sukan Sea 26 tadi dengan gol 1-0 oleh Fakri melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir Sukan Sea 26. Malaysia akan bertemu tuan rumah Indonesia yang telah menundukkan Vietnam 2-0 dalam perlawanan separuh akhir satu lagi.

Ini bermakna seteru yang telah bertemu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan bertemu kembali di peringkat akhir nanti. Perlawanan akhir dijadualkan pada esok hari (21/11) jam 8malam waktu Malaysia pastinya. Dalam peringkat kumpulan dilihat Malaysia dapat menundukkan Indonesia. Adalah menjadi harapan kita semua agar pasukan Malaysia dapat mengekalkan pingat emas Sukan Sea yang dirangkul 2 tahun lalu di Laos. Mungkin juga skuad Harimau Muda akan menjadikan bola sepak sebagai acara terakhir yang menyumbang emas dalam Sukan Sea kali ini. Jika kemenangan menjadi  milik kita, sudah pasti kita akan menutup setiap mulut-mulut jahat dipihak lawan sana yang kelihatan angkuh dan tidak beretika sebahagiannya. Semua persoalan hanya akan terjawab dalam 90 minit masa perlawanan nanti.

Kita hanya berdoa dan menyokong dari kejauhan. Sama-sama kita menyokong. Tanah tumpahnya darahku.

17 November 2011

harimau bertemu garuda

Malam ni pasukan kesayangan seluruh rakyat Malaysia akan bertemu dengan pasukan Indonesia dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan di Sukan Sea ke-26 di Indonesia.
Semua berdoa agar pasukan kita dapat menundukkan pasukan lawan. Dilihat Indonesia adalah seteru ketat pasukan Malaysia di rantau ini.
Peminat kedua-dua pasukan yang fanatik dilihat telah memulakan perang papan kekunci [sebut: keyboard warrior] di laman-laman sosial seperti facebook. Memang saling menghanjing la. Kehkeh. Biasa la, pasukan sebenar lawan di atas padang, peminat berlawan di medan facebook la. Haha.
Aku doakan harimau dapat membaham garuda. Amin.
Tanah tumpahnya darahku.

26 October 2011

terima kasih tuhan

tuhan maha esa.
aku syukur dengan apa aku ada.
terima kasih ya tuhan apa kau kurnia.
aku terima segala.
moga rasa ini terus-terusan.
andai lagi baik, lagi aku syukur.
jangan kau biar rasa ini pergi.
kau lindungilah insan-insan kusayangi.
merekalah tulang belakang aku.
penguat semangat kala rebah.
aku masih perlukan mereka.
aku sayang mereka.
suburkanlah rasa ini dijiwaku.
juga disetiap mereka.
terima kasih tuhan.