|| link exchange ||

22 November 2011

Malaysia juara Sukan Sea 26


Syukur atas kemenangan skuad Harimau Muda bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 26 di Stadium Gelora Bung Karno. Pasukan kita menang keatas pasukan Indonesia dengan penentuan sepakan penalti. Sebelum itu perlawanan terpaksa diheret dalam masa tambahan, namun kedua-dua pasukan terus terikat dengan jaringan 1-1.

Akhirnya skuad  Harimau Muda dapat mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun sudah. Cerita kemenangan ini sekaligus menutup mulut-mulut jahat pihak lawan yang cuba melakukan provokasi keatas pasukan kita. Skuad Harimau Muda ini sememangnya layak untuk merangkul kemenangan ini. Jika dilihat sepanjang kejohanan Sukan Sea yang berlangsung kali ini pelbagai cerita kurang enak dapat didengar. Skuad ini terpaksa melalui laluan yang agak berliku sebelum akhirnya merangkul kemenangan ini. Sejurus kemenangan di Indonesia, skuad Harimau Muda terpaksa bergegas pulang ke tanah air untuk perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan melayan kunjungan pasukan Syria.

Mereka sememangnya layak. Semoga pasukan Malaysia terus sukses di perlawan-perlawanan mendatang. Kami rakyat Malaysia akan terus menyokong. Tanah tumpahnya darahku. Selamanya.