|| link exchange ||

08 January 2012

menanggung ujian

Setiap dari kita pasti pernah berasa penat dan lelah dengan pelbagai susah payah yang kita lalui dalam hidup ini. Hingga sampai satu tahap paling tinggi dimana bersarang rasa seolah mahu pasrah, mahu mengalah. Malah ada dari kita yang menyalahkan Dia yang memberi segala susah itu.

Tetapi percayalah bahawa dari setiap ujian yang Dia turunkan keatas setiap hambaNya tidak lebih sebagai tanda kasih juga sayangnya Dia kepada kita semua. Setiap kita diuji dengan pelbagai ujian pelbagai dugaan. Tiada satu yang Dia turunkan sia-sia semata. Pasti punya sebab, pasti punya hikmah. Cuma terkadang kita yang tak terlihat sebab dan hikmah itu. Takkan Dia turunkan beban keatas kita yang tak termampu kita tanggung.

Ujian hidup bukan multiple choice ok. Bukan boleh main tembak-tembak tahu.
[sumber]
Cumanya kita perlu sabar dan tenang dalam melalui susah payah itu. Barangkali mudah bagi aku bicara, yang bukan menanggung susah itu. Tapi mana mungkin kita membuat keputusan yang terbaik kala hati gundah, jiwa meronta. Percayalah, kata putus yang kita buat masa genting itu adalah kata putus yang penting sebenarnya. Makanya buatlah kata putus yang terbaik untuk diri sendiri. Cuma kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Bukan orang lain.

Andai sudah tak termampu kita tanggung susah payah itu sendiri, ada baik kita lontar pada insan yang kita percaya. Mungkin mereka punya pandangan untuk kita. Atau sekurangnya mereka pinjamkan telinga untuk cerita kita. Bukankah lega andai kita lontarkan rasa yang tak tertanggung sendiri. Kongsikan. Atau luahkan segala rasa itu pada Dia yang Maha Mendengar.

Apa pun yang kita lakukan seharusnya kembali padaNya. Sesungguhya Dia Maha Mengetahui. Moga setiap kita dilindungi Dia.

No comments: