Pukul berapa da ni haih. Gua pulak masih menghadap benda dunia semua ni -_-''. Bangun tidur nanti gua harap ada sebijik mesin masa sebelah gua. Boleh gua skip terus hari sampai hari Sabtu. Senang. Tak payah gua nak hadap hari Selasa, Rabu, Khamis juga Jumaat ni.
Kalau harapan gua tu tak termakbul maknanya gua kena menghadap empat (4) hari akan datang ni dengan FYP gua. Nasib baiklah satu (1) FYP je gua kena hadap dalam hidup gua. Dan benda alah tersebut perlu dihantar hari Jumaat ni kat fakulti gua. Maksud gua, fakulti tempat gua belajar la. Bukan fakulti yang dimiliki oleh gua.
Takpe. Gua kena tingkatkan tahap kesabaran gua sampai tahap langit ketujuh. Harap gua tabah menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Gua kan kuat. Tahu.
Gambar 1: Bukan sebuah mesin masa. |
3 comments:
:)
moga terus kuat..:)
menatang apa fyp ko buat tu? power power....
power tahap power rangers tahu. kahkah.
Post a Comment