|| link exchange ||

04 April 2011

ketemu kak fynn

lepas maghrib, cepat-cepat keluar rumah. niat mahu ketemu kak fynn. kalau ada rezeki. sampai-sampai suara dia didengar. terlewat sedikit. celaka. kecewakah aku. dia kata penganjur mahu beri laluan artis lain. dia bilang selepas ini dia ada lagi. fuh. lega. ada rezeki ni.
aku berdiri atas tembok di kanan pentas. di kiri pentas dia bersila atas lantai di samping kekasih hati. sepanjang tadi boleh nampak dia di hujung sana. rezeki. lagu puisi dari ramli sarep gema. lagenda. suka benar kak fynn sama ramli sarep. ramli sarip pesan walau sudah berjaya tinggi mana pun. jangan dilupa ibu bapa. restu dan berkat mereka itu utama. penat lelah mereka besarkan kita. dilupa jangan. semat pesan. manis kak fynn bersama kekasih hati. suka. samseng-samseng kak fynn pun tetap manis. sila jangan muntah. ini betul. aku yang pandang. aku yang nampak.
giliran kak fynn bersama kekasih hati atas pentas. tahu mesti tidak suka dipuji. sebelum ini lihat lalu video. tadi lihat dia secara langsung. sumpah suka. dia bila menggila habis note dia jerit. hingga wayar mic tercabut. dia sungguh orgasmik. pada satu lagu, dia menangis. dia bilang dia perempuan gagah. sambil mengangkat kedua tangan menunjuk trisep yang memang tiada. dia kata, kahwinlah dengan orang yang bila kita sudah ketemu dia betul untuk kita. walau masa muda. kalau sudah kahwin pegang-pegang dapat pahala. sambil mengerling kekasih dia. manis bukan.
mahu ranap. seluk dompet. tinggal beberapa helai seringgit. celaka. mana mahu dapat duit. pergi mesin duit seberang jalan. balik ke pentas. hujung pentas lihat ramai keremuni dia. aduh. bila tidak ramai baru pergi rapat.
tegur dia. akak nak beli buku. ranap. bingit lagu bataskan telinga. yey. dapat ranap. suka. menari. itu tipu. kukata, juga join projek kesian akak. laa.. yeke. saya faiz, faiz saparudin. laa.. yeke. kecik aje orangnye. sambil hulur ranap untuk dia conteng. dia kata maaf. projek kesian lewat. tidak mengapa. saya faham. saya percaya akak. mesti tunggu walau lama. puji dia tadi. sudah agak. tidak suka dipuji. suka itu. resmi padi, makin berisi makin menunduk. dia tanya, ada girlfriend. aku jawab tiada. tiada yang mahu. terus dia tangkap. sungguh intuisi di situ. dia ada pesan. semat. ingat. terus beramah. sudah pusing melaka. tak sempat. baru sempat makan cendol. selepas ini terus balikkah. tidak. kekasih mahu beri kejutan. manis sungguh mereka. kubilang sampaikan salam sama kekasih dia. datang perempuan mahu bergambar. aku minta berundur. biar dia layan yang lain.
rezeki ketemu kak fynn hari ini. rezeki nampak kak fynn sepanjang tadi. kita memang tidak pernah ketemu. cuma sekali ketemu tadi. pesan sudah macam adik beradik. terima kasih pesan. terima kasih ranap. terima kasih kak fynn.

4 comments:

Unknown said...

dah jumpa kak fynn ke..mesra kan orgnya..

faizs said...

ya wan. malam tadi ada rezeki jumpa dia kat melaka. sangat baik. down to earth. sempoi je. gila-gila pun ya. manis bersama kekasih hati dia. suka sangat. haha.

Fynn Jamal said...

Subhanallah....
Tinggi sangat...

Jangan... Takut lupa tanah, faiz.
Tapi awak jgn lupa borak2 kita di tepi situ.
Ye..?

;)

faizs said...

faiz tak lupe borak2 kite malam tu kak. juge pesan2 akak. saya follow page akak kat fb tuk tahu semua event yang akak join. insyaAllah lepas ni kalau ada kesempatan akan cuba join event2 yang ada akak. tak tahu kenapa minat sama akak. sebab akak best kot. gahaha.