|| link exchange ||

29 February 2012

Mahu dia yang selalu

dia sedang tidak gembira
tidak termakbul apa mahunya
kuakui memang payah
agak perih
pasti jerih

cuma pesanku
diuji tanda sayang
mahu lihat bagaimana kita
mengharung semua payah
menongkah seluruh perih
menghadap segala jerih
lagi aku pesan
akan aku bantu
sedaya upaya cuba
selagi aku nafas

tak minta dibalas segala
cuma mahu yang terbaik
agar dia seperti selalu

No comments: