|| link exchange ||

29 March 2011

baik atau jahat

aku kalau sudah baik sama orang.
memang pasti baik sangat.
aku tidak tahu mengapa.
mungkin sudah dididik sebegitu.
mungkin memang diriku sebegitu.
mungkin cara fikirku lain.
padaku, tidaklah baik mana aku ini.
timbangan orang.
mana mungkin pernah sama.

terkadang rasa penat menjadi baik.
terdetik dihati jahat.
tiada apa yang diterima dengan baikmu.
hati baik berbisik.
persetankan orang yang lain.
ya. ikut bisik baik itu.
aku harus jadi diriku.
apa yang ku laku.
segala yang ku laku.
kerna aku adalah aku.
kerna itu yang kumahu.
tidak ku ikut hasut lain.

orang lain punya zaman ranap.
seingatku.
diriku tidak pernah punya.
atau mungkin akan datang.
dipinta jangan.
kalau aku lalui zaman ranapku.
aku mohon jangan aku dipalingkan dariNya.
harap. jangan.
dipinta. tidak.

27 March 2011

belajar melepaskan

sampai satu tahap,
aku rasa penat malah lelah,
ditika itu,
aku belajar untuk melepaskan.

andai ku tak bisa

andai ku tak bisa jadi pohon merendang
yang jadi tempat teduhan
cukuplah ku jadi rumput melandai
yang jadi tempat perbaringan

24 March 2011

makin jelik, makin jijik

jangan dikotor kancah sedia kotor,
makin dipandang makin jelik, makin jijik,
jangan ditabur omongan kosong, janji yang kabur,
kelak kita ditengah jua tersepit; konflik.

*diam, nilai*

senyum menghapus resah

hapuskan resah dihatimu,
aku cuma mahu lihat senyummu,
andai tiada orang girang dengan senyummu,
cukuplah denganku gembira kerna senyummu.

22 March 2011

buat dindaku

buat dindaku
kini kau ada di satu terminal
walau apa yang diterima esok
itu cuma satu tiket
tiket untuk ke stesyen seterusnya
bukan destinasi yang dituju
destinasi masih jauh sebetulnya

di terminal, diri harus memikir
stesyen mana harus dilalu selepasnya
setiap stesyen punya onak sendiri
setiap stesyen punya manis tersembunyi
kau takkan pernah tahu
cuma satu yang boleh dilaku
buatlah sehabis baikmu disetiap stesyen yang dilalu
pasti yang terbaik akan kembali padamu

kelak pasti destinasi kau tuju
adalah destinasi terindah dalam hidupmu

sekarang
tiket sudah kau punya
diri yang mencorak stesyen seterusnya
untaian doa kanda mengiringi perjalanan dinda

12 March 2011

pemilik tubuh tegap

atuk pemilik tubuh tegap, walau dimamah usia kita tetap boleh nampak.
kudratnya masih kuat walau tidak sekuat dahulu.

petang itu.
hantar lauk mama masak ke rumah atuk.
bersama atuk duduk atas kerusi depan pintu di belakang rumah.
bertanya tentang lembu yang diamanah pada orang yang tak amanah.
bukan siapa-siapa, kawan atuk juga.
setelah sekian lama, helah terbongkar. menipu atuk.
rahsia terbongkar, masih mahu mengelak.
janji bertemu dirumah atuk. atuk menunggu.
bayang tidak juga temu. huh.
atuk yang mangsa yang kena jumpa dia. runding.
si kawan berjanji melunas janji yang dinoda.
harapnya janji ditepati.

yalah, atuk bukan ada sumber rezeki.
asalnya lembu itulah punca rezeki, bila dijual nanti.
tapi amanah dinodai.
lembu hilang pergi, duit tidak diberi.

masa itu atuk kurang sihat.
duit diperlu untuk beli ubat.

aku tanya atuk. banyak tanah atuk.
atuk jawab. tiada banyak juga.
apa yang dikebun alas, itu cuma.
aku tanya atuk. macam mana atuk dapat tanah.
atuk jawab. zaman dulu, tanah bukan milik siapa-siapa.
kalau mahu tanah, pergi sahaja teroka hutan.
atuk teroka bersama saudara kandung dia.
hasil bahagi sama rata.
tapi bukan mudah.
zaman dulu pokok berpemeluk-pemeluk, tinggi melangit.
alat diguna gergaji cuma.
bila tertubuh kerajaan, geran tanah dimohon.
dapat geran, sah tanah jadi milik.
itulah cara mendapat tanah zaman dulu.
kebun alas ini juga ada sawit, bunga kantan, sedikit rambutan.

*momen waktu kecilku*
di kebun alas ini aku membontoti atuk.
bersama motor buruknya. duduk dalam raga rotan belakang motor.
di kebun alas ada satu parit kecil.
sampai sana terus bermain parit. mandi. 'jiblon'.
jernih air. terkadang ada ikan. sepat mungkin.
membontoti atuk, mengambil bunga kantan sudah masak.
atuk pesan, terkadang ada babi di kebun alas. terus kecut.
rapat-rapat membontoti atuk.
mencabut ubi kayu, cendawan meliar jika ada.
sambil-sambil menebas rumput meninggi.
melihat-lihat buah sawit yang masak.
matahari tegak, bergerak pulang.
momen sungguh. simpan kemas-kemas.
tak tahu, sampai warisku boleh tidak mereka punya momen sama.
dunia berubah.

masa kudrat masih kuat dulu.
atuk ada juga menumpang
menumpang kebun di belakang rumah.
buat cucuk tanam.
nanas, kacang, ubi, cili, kacang.
mahu memotong, pokok sudah tua. getah sedikit cuma.
seawal pagi atuk berjalan ke kebun belakang.
hampir tengahari baru pulang. bawa hasiil.
ada diguna, ada dijual.

atuk
itulah pemilik tubuh tegap.
moga dia sihat juga dilindungi selalu.
cucumu, Konteng sayang atuk Suboh.

11 March 2011

kalau saya tegur

saya nampak kamu
saya tengok aje dari sini
berharap kamu baik2 saja

nak tegur
tapi
ntah
terima kasih atas semua
rasa yang sebegini
seperti sekarang
yang saya rasa
terima kasih tau

kalau saya tegur kamu
saya mesti membebel
kamu bukan suka pun
saya akan ingatkan
jaga diri+kesihatan+makan

yela
saya tahu
sekarang masa sibuk kamu
duduk buat kerja
makan pun lupa
kamu kan ada gastrik
kalau da kena
mesti sakit guling2
tak mahu kamu sakit
kan kita pernah kena
gatrik sama2
penangan fast food
keluar masuk klinik
kenangan semua itu
kan

kalau saya tegur kamu
mesti kamu ngadu
kerja tengah banyak
nanti saya kata
buat sikit2, perlahan2
nanti kamu ngadu
tension banyak kerja
nanti saya kata
jangan tension2 sangat
cuba rileks dulu
bila hilang tension
sambung buat kerja
yela
kamu rajin sangat
sungguh2 buat kerja
hasil pun terbaik

lihat
macam mak nenek bukan
membebel membebel membebel
yela
saya memang begini
tapi
dengan awak jer
orang saya sayang
sebab
saya sayang kamu
ya
saya sayang kamu
saya peduli kamu

itu
kalau saya tegur
tapi
sekarang saya tulis
kalau awak baca
anggap ini tegur
macam
ait, buat ape tu
kemudian
membebel seperti atas
kemudian
biarkan kamu
bersama kerja kamu
sebab saya tahu
kamu memang begitu

dan
saya memang begini
sebaba saya tahu
saya sayang kamu

|2308|110311|faizs|

p/s : jaga diri+kesihatan+makan

08 March 2011

Wanita Itu Indah

Hari ini 08/03/2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100. Wah, sungguh istimewa insan bergelar wanita sebenarnya. Kepada wanita2 seantero dunia jaga diri kamu ok. Aku memang pencinta wanita. Lalala. Ahaks.

Baru tadi aku godek2 folder dalam mailbox aku. Owh, ada satu folder yang bernama 'ans'. Kalau orang sana baca entry ni, mungkin dia tahu kot yang itu nama folder yang belong to her. Bace balik semua emel yang kita pernah balas2. Masa tu aku berada dimatriks. Ingat lagi balas emel dia kat makmal komputer dalam library. Haha. Lihat, dalam emel aku pun ada satu folder khas untuk orang sana. Huu. Sungguh kamu ada dimana2 sebenarnya dalam hidupku.

Through emel gak orang ada bagi satu puisi pasal wanita. Kat bawah nanti orang tulis balik erk puisi tu. Yela, hari ini kan Hari Wanita Sedunia. So, haruslah kena dengan tema kita pada hari ini. Haha. Ada gak satu emel yang orang anta bahan untuk one of your assignment. Tak tau plak yang bahan tu membantu orang sana. Huu. Ada gak satu emel yang orang dedikasi lagu 'Mengintai Langit' untuk orang sana. Orang attach skali lirik dia. Hee. Orang ada buat satu slideshow pasal orang sana gunakan lagu tu. Orang letak gambar2 orang sana yang orang curik tau. Haha. Tapi mane tah fail tu, da ilang rasenya. Huu. Emel2 tu semua pada tahun 2007 dengan 2008. Masa tu orang kat matriks, orang sana plak kat Segamat. Itu 4 tahun dulu. Itu baru ruangan unuk orang sana dalam mailbox. Dalam hati plak xtau bape besar space untuk orang sana. Tapi nak buat lagu mana kan. Huu. Takpelah. Biar ruangan tu semua hanya untuk orang sana. Seorang. Takkan ada yang sama juga serupa. Kerana orang sana memang istimewa dihati ini.

Oklah. Kat bawah ni puisi untuk semua wanita seantero dunia. Wanita Itu Indah.

Sebagai wanita, kita serba boleh
Kenapa ibu menangis?
Anak bertanya ibunya.
Ibu seorang wanita; kata ibunya.
Apa maksud ibu?, kata anakanda.
Sang ibu memeluk anaknya:
…Sebagai anak lelaki, kau tidakkan faham

Sang anak kemudian bertanya kepada ayahnya,
Kenapa ibuku menangis?
Semua wanita menangis.....
…Itu sahaja jawapan ayahanda.

Anak teruna membesar menjadi anak muda.
Masih tidak memahami kenapa wanita menangis
Akhirnya, kepada Tuhan anak muda bertanya:
Oh Tuhanku,... Kenapa begitu mudah wanita menangis?
Tuhannya menjawab...
…Apabila wanita dijadikan, kejadiannya amat sempurna.
Bahunya sanggup memikul tanggungan di dunia, dirinya untuk berkorban demi kehidupan
Kekuatan dalaman untuk menanggung sakitnya kelahiran dan kesanggupan menghadapi dugaan, walaupun daripada anaknya sendiri!
Telah Ku berikan ketahanan untuk meneruskan perjuangan serta kesabaran menjaga keluarga dan sahabat, walaupun tiada lagi yang mampu, melalui kesakitan dan keperitan, tanpa keluhan!
Jiwanya Ku jadikan sensitif agar menyayangi anak-anak dalam apa keadaan, walaupun sang anak menyentuh kalbu!
Ibu mempunyai keistimewaan membuat anak kecil tersenyum dan anak muda hilang kegusaran.
Ku berikan kekuatan menjaga suami, walau pengorbanan besar yang menggamit, dan Ku bentuknya dari rusuk sang suami!
Telah Ku tiupkan kebijaksanaan untuk mengetahui mana yang baik untuk suaminya dan faham tanpa sebarang keraguan untuk berdiri di samping suaminya dalam apa keadaan sekalipun!
Anakku, di atas segala pengorbanannya…
Telah Ku berikan setitis airmata. Untuk digunakan dan itulah satu-satunya kelemahan wanita!
Apabila kau melihat dirinya menangis, khabarkan sayangmu padanya. Walau airmata tetapkan jatuh, hatinya membuahkan kebahagiaan.
Wanita, dirimu sungguh istimewa..

01 March 2011

kita sama

jangan dipandang cela yang satu cuma andai indah terbentang nyata
aku tak sempurna
kau juga serupa
aku kau kita semua sama